• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Menteri Terima Pingat Kedaulatan Negara

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendahului senarai 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membanteras penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.

Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.

Ahmad Zahid antara tujuh menteri Kabinet menerima anugerah itu selain Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini hari ini.

Empat lagi Menteri ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara pemimpin lain menerima pingat itu ialah Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih 200 penceroboh bersenjata menceroboh kawasan Pantai Timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 12 Feb 2013.

Pada 5 Mac 2013, pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarkan Operasi Daulat membanteras penceroboh itu melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan setelah rundingan tiga minggu gagal.

Dalam insiden itu lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban akibat serangan penceroboh.

Bagaimanapun gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Susulan itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang menjadi perisai keselamatan kepada Sabah. – BERNAMA

Tags: Perdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd