• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi MH370, MH17 Ada Hikmah : Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh sehingga meragut banyak nyawa tidak berdosa memberi hikmah kepada negara kerana Malaysia kini berada sebaris dengan negara lain, seperti Australia dan Belanda.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan negara khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini boleh menyampaikan suara Malaysia ke persada antarabangsa demi menuntut keadilan terhadap mangsa terlibat.

“Datuk Seri Najib akan ke PBB (Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan saya tahu bahawa pendirian kita berhubung insiden tembak jatuhnya pesawat MH17 akan diketengahkan Perdana Menteri.

“Di sana, Perdana Menteri akan berjumpa rakan sejawatan dari negara-negara berkepentingan termasuk Perdana Menteri Australia, Belanda, Presiden Barack Obama (Amerika Syarikat) dan sebagainya, jadi ini sekali gus meletakkan kita sebaris dengan negara-negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini, hari ini.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Perdana Menteri dalam menuntut keadilan untuk mangsa nahas, bukan hanya untuk rakyat negara ini malah warganegara lain yang terlibat seperti Belanda.

“Ini adalah hikmah daripada tragedi MH370 dan MH17, supaya mereka yang terkorban tak sia-sia. Sekurang-kurangnya meletakkan Malaysia di atas peta dan suara kita didengari.

“Kita berada di atas landasan yang benar iaitu untuk menuntut keadilan dan membawa mereka yang menjadi dalang tembak jatuh pesawat dan bunuh mereka tak berdosa ke muka pengadilan, tidak ada mana-mana pihak boleh nafikan hak kita ini…jadi kita tunggulah perkembangan di PBB di New York nanti,” kata Hishammuddin.

Terdahulu dalam ucapan beliau pada majlis itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata MH370 merupakan simbol maruah negara kerana kita diperhatikan oleh dunia ekoran kehilangannya.

Beliau berkata, negara tidak mungkin dapat koordinasikan 26 negara untuk mencari pesawat, jika tidak kerana negara luar yakin bahawa Malaysia tidak ada agenda lain dan pertimbangan politik untuk tunduk kepada mana-mana pihak.

“Bila kita bersatu, nampak ikhlas dan jujur, dapat sokongan orang ramai. Selagi tak jumpa MH370, saya beri jaminan kita akan teruskan pencarian hingga dapat jumpa MH370,” katanya. – BERNAMA

Tags: HishammuddinMH17MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd