Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Isham Jalil Bukan Lagi...

SHAH ALAM – Perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor...

Malaysia Mara Ke Saingan...

CYBERJAYA - Pasukan bola keranjang wanita remaja negara menepati ramalan dapat melangkah ke...

Tinggal 1.2 Peratus Lagi…

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di...

Pengundi Tak Akan Tertipu...

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicalonkan...

Presiden PBNJ Zahirkan Dollah Salleh Sebagai Jahil

KUALA LUMPUR – “Soalan saya kepada Dollah Salleh. Pengalaman yang diperolehi selama ini sudah membawa anda semua ke mana?,”.

Itu kenyataan balas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap komen Dollah mengenai baginda baru-baru ini.

Dollah sebelum ini menyifatkan baginda orang yang baharu hendak kenal bola sepak justeru meminta Tunku Ismail tidak komen berlebihan terhadap mutu kejurulatihannya.

“Ada bezanya pengalaman dan kejahilan. Pengalaman pengetahuan yang diterima daripada menghadapi segala cabaran hidup. Kejahilan lahir daripada sikap yang sering menyangka diri telah tahu segala-galanya.

“Kejahilan berlaku apabila ajaran dan nasihat tidak diendahkan. Kejahilan merupakan asas kegagalan. Apabila seseorang itu merasakan dirinya mengetahui segala-galanya, di situ bermula kejatuhannya,” tegas baginda dalam satu kenyataan.

Tunku Ismail membandingkan pencapaiannya mengangkat kembali bola sepak Johor ke tahap yang lebih tinggi dalam arena bola sepak tanah air tetapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbekalkan pengalaman selama 30 tahun masih gagal memimpin bola sepak negara.

“Jadi apa maknanya pengalaman?. Pengalaman dalam kegagalan bagaikan satu penyakit yang telah sebati dengan mereka yang telah diamanahkan mentadbir bola sepak negara,” tegas baginda.

Baginda turut membidas kenyataan pemain Azizon Kadir dalam akhbar Metro berkenaan menjaga hati dan perasaan keluarga.

“Adakah anda memikirkan nasib dan perasaan keluarga anda apabila anda terjebak dalam skandal mengatur perlawanan pada tahun 2013 lalu.


“Jangan bercakap mengikut emosi, tetapi bercakap biar berlandaskan fakta. Sarang tebuan jangan dijolok,” titah baginda.

Media pada 15 Septermber lalu melaporkan Tunku Ismail menyelar jurulatih kebangsaan, Dollah kerana mengambil beberapa pemain bola sepak yang pernah disabitkan dengan kesalahan mengatur perlawanan menyarung jersi Harimau Malaya.

Baginda menyifatkan langkah Dollah itu sesuatu yang cukup membimbangkan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan sistem pengurusan yang lemah dalam skuad bola sepak negara.

Menurut baginda, salah seorang pemain tersebut adalah Azizon Kadir yang menyarung jersi kebangsaan selaku penjaga gawang pasukan.

Tunku Ismail turut memaklumkan, salah seorang pemain Harimau Malaya yang dipilih menjarung jersi kebangsaan iaitu Kapten pasukan PDRM, Muslim Ahmad perrnah disiasat oleh pihak polis selepas perlawanan Liga Super Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bahru pada musim lalu.

Menurut baginda, siasatan polis dengan kerjasama PBNJ mendapati terdapat 18 panggilan yang telah dibuat oleh Muslim ke nombor yang didapati milik seorang ‘Ceti Haram’ yang berasal dari Terengganu menyebabkan kontraknya dengan PBNJ pada waktu itu tidak disambung.

Dollah dalam reaksinya pula menjawab, “Tidak kisah apa Tunku hendak cakap, dia mungkin ada kuasa dan itu terpulang kepadanya. Cuma saya hendak ingatkan satu, kalau baharu hendak kenal bola sepak, saya harap janganlah beri komen berlebihan”.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori