• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Exco Negeri Selangor Dari PAS Dipanggil Menghadap Sultan?

oleh AK-47
09/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS dikhabarkan akan dipanggil menghadap Sulan Selangor bermula hari ini sehingga hari Rabu depan secara bergilir-gilir.

Perkara itu sudah mula dilaporkan portal politik memetik sumber daripada PAS.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka Iskandar Abdul Samad akan mula-mula menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Esok, giliran ADUN Sabak Sallehen Mukhyi menghadap sebelum ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi akan menghadap Sultan pada Rabu.

Baginda mahu bertemu ketiga-tiga ADUN PAS itu berhubung kekecohan isu berkaitan perlantikan Menteri Besar Selangor selepas penyandangnya ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin ditukar oleh Pakatan Rakyat (PR).

Difahamkan kesemua Exco PAS itu dicalonkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam surat pertamanya kepada Sultan yang dihantar pada 2 September lepas.

Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalam parti, Abdul Hadi bertindak menghantar surat kedua kepada baginda pada 3 September dan menamakan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada PAS.

Laporan beberapa portal melaporkan nama calon yang dihantar dalam surat kedua itu ialah ADUN Ijok Idris Ahmad (PKR), ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan kekal dengan Iskandar.

Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas berkenaan siapa nama yang diletakkannya di dalam dua pucuk surat kepada baginda itu.

Dalam satu sidang media semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan menolak sekiranya baginda melantik seorang daripada ADUN PAS untuk menjadi Menteri Besar.

Sidang media itu diadakan selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam yang tidak dihadiri oleh Abdul Hadi.

Laporan Agenda Daily semalam menyebut, ada percanggahan antara Mohamad Sabu dan Setiuasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bekaitan isu sama apabila Mustafa berkata PAS menyerahkan kepada budi bicara Tuanku untuk melantik sesiapa sahaja dan pelantikan itu akan diterima oleh PAS.

Dalam bahasa mudahnya, PAS akan akur jika pelantikan yang diputuskan hadir dari parti mereka sendiri. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd