• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terharu Dapat Beraksi Di Dewan Filharmonik Petronas

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Diandra Arjunaidi berasa terharu kerana dipilih untuk terlibat melakukan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pada 16 September ini.

Diandra, 23, berkata, ia merupakan kali pertama dia beraksi di pentas berprestij itu dan diletakkan sebaris dengan artis-artis yang sudah mempunyai nama yang kukuh dalam industri seni.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada saya sebagai pendatang baru ini.

“Perasaan seperti tidak percaya dan takut kerana semua barisan artis yang terlibat sudah ada nama dan tahap mereka dalam industri seni,” ujarnya kepada mStar Online.

Diandra ditemui selepas sidang media DFP Seni Fest 2014, di Hotel Traders, di sini, Khamis.

Antara artis lain yang terlibat dalam persembahan itu nanti ialah Andy (Flop Poppy), Alex Subryn, Monoloque, Man Kidal, Az Samad, kumpulan OAG, Basement Syndicate, Seven Collar T-Shirt dan Lab The Rat.

Persembahan itu bersempena dengan Festival Seni DFP iaitu sebuah pesta keraian yang menyajikan muzik ekstravaganza dalam perayaan seni dan budaya bermula 16 September hingga 21 September ini.

Dalam pada itu, Diandra berkata, dia akan membawakan empat buah lagu iaitu dua lagu ciptaannya berjudul Angkasa dan Sunyi, manakala dua buah lagi nyanyian semula berjudul Serba Salah nyanyian penyanyi Indonesia, Raisa dan Mencari Konklusi (Hujan).

Tambahnya, buat masa ini dia masih lagi dalam proses latihan bersama kumpulan muziknya bagi memberi persembahan terbaik.

“Saya diberi 20 minit untuk menyanyi, jadi sudah pilih lagu terbaik untuk dinyanyikan termasuk lagu baru ciptaan saya iaitu Sunyi.

“Insya-Allah saya sudah mulakan latihan dengan kumpulan muzik saya agar tidak berlaku kesilapan pada malam tersebut.

“Bagi saya ini merupakan salah satu cara saya membuktikan bakat yang ada terutama apabila diletakkan sebaris dengan nama-nama besar,” ujarnya.

Sementara itu, konsert unplugged bertemakan Akustika ini bakal mempersembahkan lagu-lagu popular yang merangkumi pelbagai genre muzik.

Tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM 100 dan RM70.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 03-2051 7007 atau e-mel [email protected] atau melayari laman web www.mpo.com.my. – mStar Online

 

Tags: Artispenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd