GARA-GARA tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya ingin memutuskan hubungan mereka, seorang lelaki di Taipei bertindak menikam gadis itu sebanyak 34 kali sehingga mati.
Memetik Shanghaiist.com, Zhang Yanwen, graduan Universiti Kebangsaan Taiwan pada mulanya datang ke rumah mangsa untuk memujuknya agar mengubah keputusan itu.
Bagaimanapun, mangsa masih bertegas dan Zhang mula mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya.
Ugutan itu juga tidak diendahkan, sekaligus menaikkan kemarahannya.
Zhang kemudiannya mencapai sebilah pisau pemotong buah dan menikamnya berkali-kali selain mengelar lehernya.
Akibat kecederaan parah, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.
Hasil soal-siasat polis, Zhang memberitahu dia bercinta beberapa kali, namun mangsa merupakan teman wanita yang paling disayanginya.
“Saya memberi sepenuh kesetiaan buatnya…biarlah kami mati bersama,” katanya.
Aduhai, inilah yang dinamakan ‘cinta sampai mati’…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC