Sample Page Title

TUMPAT (Kelantan) – Biarpun tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hampir memasuki setengah sebelum hari mengundi pada 25 September, keadaan kempen di kawasan itu masih lagi suram.

Dipercayai ia berikutan ketiadaan gerombolan jentera pilihan raya parti bertanding dari luar yang datang ke Pengkalan Kubor di Tumpat ini membantu calon mereka berkempen.

Buktinya, masih banyak rumah yang disediakan sebagai homestay oleh pemilik di Pengkalan Kubor masih kosong dan tidak berpenghuni berbanding daripada pilihan raya kecil di mana-mana sebelum ini yang semuanya penuh.

Rumah-rumah yang tidak berpenghuni itu pula terletak tidaklah jauh tetapi di dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor lagi.

Kesuraman kempen bukan sahaja berlaku kepada parti PAS yang bertanding dengan calonnya Wan Rosdi Wan Ibrahim tetapi juga calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mat Razi Mat Ail.

Sepanjang jalan raya di beberapa  batang jalan raya begitu suram dan sunyi tanpa ada kelibat bendera dan poster parti bertanding. Bendera parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak kelihatan langsung  biarpun mereka dari pakatan yang sama.

DSC_7642 DSC_7590


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September lepas sebagai tarikh hari penamaan calon dan 25 September ini sebagai hari mengundi pada PRK itu untuk mencari pengganti penyandangnya sebelum ini dari BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Beliau meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

PRK kali ini menampilkan tiga calon bertanding iaitu Mat Razi, Wan Rosdi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang bertanding menggunakan lambang pen.

Keseluruhan pengundi DUN Pengkalan Kubor berjumlah 24,000 orang dengan 1,600 daripadanya merupakan masyarakat Siam yang berada di Pusat Daerah Mengundi Jong Bakar di Kampung Ju Bakar Darat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Noor Zahidi menang menewaskan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas yang juga calon sama Izat Bukhary dengan majoriti lebih 1,700 undi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...