Sample Page Title

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai biadap kerana hanya menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda dalam satu kenyataan hari ini melalui Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani pihak Istana memaklumkan sudah pun menerima maklumbalas daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), berkaitan calon Menteri Besar.

“Namun hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar, manakal DAP dan PKR telah masing-masing hanya mengemukakan satu nama iaitu Presien PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon,” menurut kenyataan itu memetik laporan Agenda Daily.

PKR dan DAP telah kemukakan calon hanya satu nama itu menerusi surat yang bertarikh 27 Ogos lepas.

Sultan Sharafuddin amat berasa dukacita dengan kedua-dua parti itu yang ingkar titag baginda yang dibuat pada tarikh sama.

“Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor,” katanya.

KenyataanTuanku_1

KenyataanTuanku_2

Pada tarikh berkenaan, Sultan Selagor menitahkan supaya tiga parti dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP memberikan lebih dua nama sebagai calon Menteri Besar mewakili parti masing-masing dengan tarikh akhir ditetapkan pada 3 September lepas.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras mahu hanya Wan Azizah sebagai calon, sehingga pejabat Sultan Selangor menghantar titah baru kepada PKR pada petang 3 September lalu.


Sehingga kini PKR masih tidak mengemukakan calon lain selain dari Dr Wan Azizah.

Menurut kenyataan itu lagi mengemukakan lebih dua nama merupakan satu amalan/konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan Selangor.

“Ini bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan hanya sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut.”

Ciri-ciri ini penting agar perjalanan pentadbiran Selangor berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat Selangor.

“Sultan Selangor berkeyakinan bahawa ramai calon dari ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi bagi menerajui Selangor,”katanya.

Buat masa ini, kata Mohamad Munir, Sultan Selangor akan menilai setiap calon berdasarkan senarai yang dihantar .

Dalam masa yang sama,kata kenyataan itu “memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Tuanku Sultan maka baginda akan meneliti senarai nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan dalam fikiran Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.” – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...