• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudi Sertai DAP, Sah Hasnul Pengkhianat! – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Syaitan akan sediakan 1000 alasan buat pengkhianat menikmati alasannya.”

Itu kata-kata  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin yang bersedia menyertai DAP jika dipecat PAS.

Tegas beliau, pendirian terbaru Hasnul itu sekali gus mengesahkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Hasnul dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib merupakan pengkianat parti PAS.

“Seorang daripada mereka telah membenarkan bahawa dua pengkhianat itu tidak boleh lagi dibenarkan bertanding atas tiket PAS.

“Sekarang dihiasi pengkhianatannya dengan rasa lapang dada dan kesediaan bertanding atas tiket DAP. Ya Allah, kekalkan kami berkelana di medan siasah bersama para ulama rabbaniyyin.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnul dalam satu majlis sebelum ini menyatakan beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP jika dipecat PAS namun menegaskan tiada berhasrat untuk melompat parti buat masa ini.

Abdul Hadi sebelum ini melabelkan Hasnul dan Saari sebagai pengkhianat parti PAS kerana menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Tags: DAPNik AbduhPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd