• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Sambut Ulang Tahun Ke-57 Hari Ini

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-57.

Dalam kenyataannya hari ini, SPR berkata Suruhanjaya itu telah ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan di awal penubuhannya SPR hanya dianggotai oleh Pengerusi dan dua orang Anggota Suruhanjaya.

Pengerusi pertama suruhanjaya itu adalah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan, manakala anggotanya terdiri daripada Lee Ewe Boon dan Ditt Singh.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sempena ulang tahun ke 57 ini, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), para pemimpin dan individu yang telah memberikan kerjasama dan membolehkan SPR menjalankan tugasnya.

Beliau juga berharap, kerjasama seperti itu dapat diteruskan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya pada masa akan datang.

Antara fungsi utama SPR adalah menjalankan proses pilihanraya umum dan juga pilihan raya kecil. Selain itu suruhanjaya juga berfungsi menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih.

Ia juga berperanan untuk membuat kajian dan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd