Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Jenazah Rakyat Malaysia Lemas...

SEPANG - Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang ditemukan lemas...

Ujian Psikometrik Tambah Nilai...

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bersetuju dengan...

Kemaluan Pasangan Warga Itali...

Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah 'berkepit macam belangkas'.Sepasang kekasih warga...

Syed Abas Dilantik Speaker...

KOTA KINABALU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed...

Sharnaaz Ahmad Titip Nasihat Buat Shila Amzah

SELAIN Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang memberikan komen masing-masing mengenai kontroversi yang melanda penyanyi Shila Amzah, bekas kekasih penyanyi itu iaitu Sharnaaz Ahmad tidak terkecuali dikejar media bagi mendapatkan pendapatnya berhubung isu tersebut.

Enggan mengulas panjang Sharnaaz hanya mengatakan seharusnya Shila dan pihak media yang terbabit berbaik-baiklah di antara satu sama lain kerana kedua-dua pihak memang saling memerlukan di antara satu sama lain.

“Kalau boleh saya tak nak komen. Tapi apa yang boleh saya cakap, berbaik-baiklah. Kita semua sama-sama dalam industri, saling memerlukan. Kita sama-sama kena membantu. Apa yang dia cakap ada betul, apa yang media buat pun ada betulnya. Masalah harus dibawa berbincang elok-elok,” katanya memetik portal Gua.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pelakon lelaki berbadan sasa ini sudah pun memiliki pusat kecergasan gim miliknya sendiri, Sharnaaz Ahmad Fitness Centre yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.


Pusat kesihatan miliknya itu bakal dibuka pada Oktober ini dan majlis pelancarannya akan berlangsung pada hujung tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori