• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shae Tidak Terkenal Di Negara Sendiri

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa malu untuk mengakui popularitinya di Indonesia tidak sehebat seperti mana di negara ini.

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, berkata, dia juga tidak tertekan dengan hal itu kerana menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya.

“Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan.

“Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia di Mutiara Damansara di sini pada Selasa.

Shae hadir ke Malaysia bagi menerima penghargaan atas penjualan single Sayang yang terjual melebihi 1 juta unit secara digital.

Dalam pada itu, Shae bagaimanapun berkata, peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya itu semakin rancak dimainkan di radio.

Jelas Shae, sebagai penyanyi baharu dia perlu berusaha gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutamanya di Indonesia.

“Belum popular bukan bererti ia penghujung kepada karier saya kerana itu tanda saya perlu lebih berusaha pada masa hadapan.

“Muzik dan nyanyian adalah cinta saya sejak kecil dan saya akan teruskan supaya dapat buat orang lain gembira dengan nyanyian saya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan Sayang terjual melebihi 1 juta unit di Malaysia, Shae berkata, dia berasa terharu dengan penerimaan peminat di negara ini terhadapnya.

Tambahnya, kejayaan itu adalah luar biasa untuk pendatang baharu sepertinya dan amat menghargai sokongan peminat.

“Apabila saya dapat tahu lagu itu popular di Malaysia saya sudah cukup gembira apatah lagi diberitahu ia terjual lebih 1 juta. Ia luar biasa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shae berkata, dia bakal mengumumkan satu kejutan istimewa buat peminatnya di Malaysia pada November depan.

“Ia sesuatu yang cukup istimewa dan peminat pasti akan teruja,” katanya. – mStar Online

Tags: artis luar negarapenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd