• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor : Anwar Nafi Campuri Urusan Pentadbiran Azmin Ali

oleh AK-47
30/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan portal Malaysiakini hari ini mungkin petanda bermulanya drama beliau dengan corak pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baru Azmin Ali.

Laman portal itu melaporkan Anwar berkata bahawa beliau tidak memberikan ‘arahan’ atau mencampuri urusan Azmin dalam mengemudi pentadbiran negeri Selangor.

Beliau sebelum ini ada meminta Azmin mendedahkan siapa pihak yang mendapat manfaat daripada perjanjian penstrukturan semula air negeri.

Sebaliknya, Anwar berkata beliau hanya meminta penjelasan daripada pentadbiran Azmin mengenai kenaikan gaji mendadak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, pembinaan lebuh raya KIDEX dan butiran perjanjian air yang dimeterai dengan Putrajaya.

“Saya hanya minta penjelasan daripada Menteri Besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman.

“Siapa nak untung itu hak dia, tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih,” kata Anwar dalam laporan Malaysiakini itu.

Selain itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menggesa Azmin untuk membantu pelajar miskin yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) yang tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

Laporan itu menyebut ada juga penuntut di universiti milik kerajaan negeri itu terpaksa berhenti ekoran masalah sama.

“Kita dah suarakan bertahun-tahun jangan sampai begitu. Sepatutnya ada usaha daripada negeri.

“Saya dah sebut kepada menteri besar baru dan sebut pada Naib Canselor agar jangan buat begitu. Kalau mahasiswa sah dari keluarga miskin mesti benarkan (ambil peperiksaan),” kata beliau

Menurut Anwar, Azmin dikatakan akan membuat perbincangan berkaitan itu itu dan akan mewujudkan satu mekanisme baru bagi mengatasinya.
Anwar berkata Azmin akan membincangkan isu ini dan mewujudkan satu mekanisme baru bagi mengatasi hal ini.

“Saya percaya perlu ada mekanisme dan ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri,” kata Anwar. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Anwar Ibrahimselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd