Sample Page Title

BATU PAHAT – Dewan Pemuda PAS meminta kepimpinan parti menyelesaikan masalah dalamannya dengan segera kerana ia akan memberi kesan mendalam kepada sayap Pemuda parti.

Ketuanya, Suhaizan Kayat, berkata jika krisis dalaman PAS berterusan dan berpanjangan, ia akan meninggalkan kesan terhadap anggota Pemuda PAS yang disifatkan belum matang dalam menangani permasalahan.

“Kita perlu dengan sedaya upaya selesaikan masalah dalaman parti dengan segera kerana jika tidak, yang akan terima akibatnya adalah Pemuda. Mereka (pemuda) belum lagi matang, berbanding abang-abang kita,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menafikan ahli pemuda PAS ada terbabit dalam krisis dalaman parti seperti ‘Kajang Move’, perbezaan pendapat antara Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu serta tindakan label-melabel antara satu sama lain.

“Mungkin yang buat tu abang-abang kita,” kata Suhaizan sambil menambah, Pemuda PAS juga tidak terbabit dengan insiden segelintir perwakilan Pemuda yang keluar dewan ketika Mohamad Sabu berucap pada majlis perasmian Muktamar Pemuda di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Beliau turut mendakwa kumpulan Pemuda yang sengaja keluar dewan ketika Mohamad Sabu mula berucap itu “didatangkan” khas oleh pihak tertentu.

Suhaizan berkata, PAS memiliki Abdul Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din sebagai simbol penyatuan di dalam parti.

“Inilah simbol yang boleh menjadi kunci kepada penyatuan kepada semua di dalam PAS,” katanya menambah untuk ke depan, PAS perlu kurang dibebani dengan masalah dalaman.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff pula berkata, pihaknya akan memperkasakan agenda membantu rakyat dalam menghadapi isu kenaikan kos hidup dan pelbagai cabaran ekonomi lain. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...