• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Bersuara Demi Bola Sepak Negara’ – TMJ

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR “Saya bersuara dan memberikan pendapat demi kemajuan bola sepak negara, bukan kerana tidak terpilih dalam kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” tegas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tidak berminat untuk mengambil alih jawatan Presiden FAM sekiranya diberi peluang pada waktu ini.

“Sekiranya diberi peluang untuk mengambil alih jawatan sebagai Presiden FAM sekalipun, buat masa ini, saya tidak berminat.

“Saya lebih sayangkan Johor dan PBNJ. Saya juga sedar bahawa saya tidaklah sehebat presiden persatuan bola sepak negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tunku Ismail meminta golongan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengkritik skuad Kebangsaan supaya berfikiran terbuka demi kebaikan bola sepak tanah air dan persatuan serta kelab negeri.

TMJ dalam pada itu menjelaskan baginda tidak bersetuju pasukan negara mengadakan perlawanan persahabatan dengan Terengganu kerana berpendapat Harimau Malaya tidak patut mengadakan mana-mana perlawanan dengan pasukan dalam negara.

Jelas baginda, Harimau Malaya sepatutnya bermain dengan pasukan-pasukan bertaraf antarabangsa kerana secara tidak langsung dapat membantu pasukan dan dapat memperbaiki ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pasukan negara.

Tunku Ismail dalam pada itu mempersoalkan wang tajaan yang diberikan Astro kepada FAM sebanyak RM30 juta tahun ini tetapi persatuan bola sepak di negara ini hanya menerima sebanyal RM150,000 sahaja.

Justeru, baginda melahirkan harapan Liga Malaysia diswastakan bagi mengurangkan beban pasukan yang bersaing di liga tempatan.

Mynewshub.my pada 14 September lalu melaporkan TMJ mengkritik jurulatih Harimau Malaya iaitu Dollah Salleh dan Datuk Ong Kim Swee berikutan prestasi buruk dipamerkan skuad negara dalam aksi di luar negara.

Baginda menyifatkan persembahan dua skuad Harimau Malaya masing-masing di Indonesia dan Korea Selatan sangat kelam kabut yang dikhuariti boleh menjejaskan masa depan bola sepak negara.

Dalam perlawanan pada hari tersebut pasukan senior Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0 ditangan Indonesia dalam siri persahabatan Kejohanan AFF yang akan berlangsung di Singapura bermula 23 November depan.

Manakala skuad Bawah 23 Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 3-0 ditangan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan yang berlangsung di Incheon bagi Sukan Asia 2014.

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd