KALAU dilihat pada raut wajah pelakon cantik, Sari Yanti, masih ramai yang tidak percaya usianya sudah menjangkau 30 tahun.
Apa tidaknya, dia dilihat masih relevan untuk membawa watak remaja atau budak sekolah dalam drama lakonannya.
Bagaimanapun, menerusi sebuah akhbar tempatan, Sari Yanti kini dikhabarkan mula menolak untuk menerima watak seperti itu.
Katanya, dia risau jika ada penonton yang mula menyampah jika terlalu kerap membawa watak-watak muda.
Namun, pada masa yang sama, dia tetap akan mempertimbangkan perkara itu, bergantung kepada skrip dan jalan cerita.
Hmm, jika difikirkan ada betulnya kata-kata Sari Yanti itu.
Lagipun, kami percaya jika pelakon kegemaran anda membawa watak yang berbeza daripada kebiasaan, pasti anda teruja untuk menontonnya, betul tak?
Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.CC

