• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM280j Setahun Dibelanja Urus Pusat Pemulihan Dadah AADK

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM280 juta setahun bagi menguruskan 28 pusat pemulihan dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Ketua Pengarah AADK Suhaimi Abdullah berkata kos itu termasuk makan minum penghuni antara RM8 dan RM10 sehari, bil utiliti dan gaji pekerja di pusat berkenaan.

Beliau berkata pusat pemulihan AADK di seluruh negara mampu memuatkan kira-kira 6,000 penghuni pada satu-satu masa dengan 40 peratus daripada mereka ialah penagih berulang manakala selebihnya penagih baharu.

“Kita ada hadnya dari segi kos dan kapasiti pusat pemulihan, maka adalah lebih baik kita perkukuh aktiviti pencegahan bagi mengurangkan bilangan penagih itu sendiri,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau terdahulu menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Bandaraya Asia yang dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Ismail Othman.

Persidangan bertemakan ‘Drug Demand Reduction Specialist 2014’ anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kali ke-6 itu disertai 250 peserta dari 21 negara termasuk Indonesia, Filipina, Pakistan, Kenya, Maldives dan Thailand.

Sehubungan itu, Suhaimi berkata AADK sedang mempergiat usaha membendung peningkatan bilangan penagih baharu dengan memberi tumpuan aspek pencegahan melalui kerjasama masyarakat setempat.

Beliau berkata, ia termasuk mempergiat program kesedaran bahaya dadah kepada golongan berisiko tinggi terjebak dengan gejala itu terutamanya di sekolah, tempat kerja dan kediaman.

“Kerjasama erat antara AADK dan masyarakat amat perlu bagi mengurangkan permintaan dadah di negara ini, seterusnya dapat memantau aktiviti penawaran dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADKdadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd