Sample Page Title

GENTING HIGHLANDS – Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dan MH17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung yayasan itu, memuji Eu Yan Sang kerana menubuhkan yayasan berkenaan dan melaksanakan usaha amal lain hingga dapat menambah baik kehidupan  golongan tidak bernasib baik di Malaysia.

“Hati saya tersentuh apabila mengenangkan keluarga (MH370 dan MH17) yang yang terlibat. Kehilangan yang mereka alami adalah amat besar dan tiada kata-kata dapat menenteramkan mereka.

“Kita tidak boleh bayangkan kesengsaraan yang mereka lalui apatah lagi untuk memahami kesedihan mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah meneruskan usaha bagi memastikan setiap keluarga mendapat perhatian selain berdoa bagi mereka yang telah pergi tanpa mengira latar belakang agama atau kaum,” katanya dalam ucapannya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-135 Eu Yan Sang di sini.

Dengan negara melalui kesukaran besar baru-baru ini, Hishammuddin berkata beliau gembira melihat adanya semangat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam kalangan industri tempatan yang membantu mereka yang memerlukan.

“Ia menzahirkan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih banyak organisasi swasta dan awam mengambil pendirian kukuh dalam program tangguungjawab sosial korporat mereka yang tertumpu kepada ideologi hormat-menghormati, kasih sayang dan amal.

“Pada masa akan datang, kami berharap untuk melihat lebih banyak entiti mempelopori falsafah ini ketika kita berusaha menjadi sebuah negara yang bukan sahaja berteraskan ekonomi malah bertanggungjawab daripada segi moral,” kata beliau.

Pada majlis itu, Eu Yan Sang juga menyumbang RM1.26 juta kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser dan Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan Joseph William Yee Eu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...