Semalam kami ada menyiar berita bahawa Rafizi Ramli dikhabarkan akan meletak jawatan sebagai Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mungkin jawatan Ahli Parlimen Pandan dalam masa terdekat.
Apa yang memeranjatkan, apabila bahan itu dimuat naik ke Facebook, sudha hampir 1,000 share dan Like diterima. Memperlihatkan orang berminat dengan topik itu.
Apa yang lebih menarik ialah, hampir kesemua termasuk yang kelihatan penyokong Pakatan Rakyat (PR) juga seakan-akan mengalu-alukan jika benar rafizi mahu berhenti.
Rasanya ramai yang marah dengan Langkah Kajang yang bukan sahaja gagal tetapi memalukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bulan Ramadan.
Dan apa yang kami ingin sampaikan di sini ialah, jika Rafizi cuba berlagak pandai (berlagak yea… bukannya pandai pun) mewujudkan Langkah Kajang, tindakan beliau mahu berhenti juga diberikan beberapa jolokan bermula langkah juga.
Kesemua komen diberikan di fanpage Mynewshub (klik untuk like fan page kami).
Ada yang berkata, ia adalah Langkah Seribu (Rafizi cabut lari lepas buat hal), Tersilap Langkah (langkah jugaklah kan), Langkah Kecewa dan Langkah Sumbang.
Paling tak ingat dunia dan paling banyak mendapat Like… Itu pula dinamakan langkah apa… langkah pondan..?
Kepada Rafizi… dulu pandai suruh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil letak jawatan… kini apabila anda memperlihatkan kebodohan dan kegagalan yang hampir hampir memusnahkan Pakatan Rakyat… mungkin anda harus duduk depan cermian dan menasihati diri anda dengan benda yang sama.
Oleh: AK-47
(BACA – Tersebar Khabar Rafizi Bakal Letak Jawatan Ahli Parlimen Pandan – KLIK)




