Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

15 Pelombong Maut Tanah...

YANGON - Sekurang-kurangnya 15 pelombong maut dan berpuluh yang lain cedera dalam kejadian...

MAIK Meterai Perjanjian Sebagai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan Majlis Agama Islam dan...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen...

Nike Bakal Taja Panel...

KUALA LUMPUR - Syarikat jenama antarabangsa Nike akan bekerjasama dengan kelab bola sepak...

Pusat Hiburan Tawar GRO Beri Khidmat Ekstra

SERDANG – Bukan sahaja boleh mendapat layanan mesra ketika menikmati minuman keras, pengunjung di dua pusat hiburan dekat sini turut ditawar layanan ekstra GRO hingga ke ranjang oleh pengusaha premis terbabit.

Difahamkan, pengunjung boleh menempah gadis dari rumah urut berhampiran melalui ‘runner’ yang berada dalam pusat hiburan tersebut.

Selepas puas bermesra, berpelukan sambil mendengar alunan muzik di pusat hiburan, gadis yang ditempah akan dibawa ke pusat urut terletak berhampiran premis itu untuk aktiviti ‘ekstra’.

Kegiatan tidak bermoral itu bagaimanapun tumpas selepas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor menyerbu premis terbabit, kelmarin.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul, berkata, hasil risikan, pihaknya menyerbu lima premis termasuk pusat hiburan, rumah urut, pusat siber dan pusat snuker di Pusat Perdagangan Seri Kembangan (PSK).

Hasil pemeriksaan mendapati dua pusat hiburan beroperasi secara haram dengan terdapat beberapa pengunjung di dalamnya ketika serbuan dibuat.


Premis disita dan peralatan hiburan dirampas kerana pengusaha didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001).

Pengusaha gagal menunjukkan lesen perniagaan sah bakal berdepan denda maksimum sebanyak RM25,000.

“Turut dikenakan tindakan pada malam ini (kelmarin) sebuah pusat urut yang mengendalikan perniagaan tanpa lesen perniagaan sah dan dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran. Ketika serbuan, pihak kami menemui kondom, sebilah parang panjang dan lima bilah pisau sabit dalam bilik kecil di rumah urut,” katanya.

Tindakan katanya, diambil bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori