• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Akan Buka Dua Lagi Cawangan Di Johor

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pejabat PTPTN Negeri Tuan Din Tuan Mat.

“Cawangan tersebut ialah di Kluang yang akan dibuka 1 Okt nanti dan satu lagi di Batu Pahat yang akan dibuka sebelum akhir November,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas perasmian Majlis Hari Terbuka & Mesra SAHABAT PTPTN Negeri Johor di Pusat Perniagaan Uda di sini hari ini oleh Ahli Majlis Bandaraya Johor Baharu Datuk Yahya Jaafar yang mewakili Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Pada masa ini, PTPTN sudah mempunyai cawangan yang terletak di Pusat Perniagaan Uda dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor, masing-masing mula beroperasi sejak Mac dan Julai tahun ini.

Tuan Din melahirkan keyakinan beliau bahawa pembukaan cawangan tersebut akan memberi impak positif dari segi pembayaran balik pinjaman oleh peminjam tabung tersebut di Johor.

“Daripada 12,000 peminjam yang disenarai hitam, 75 peratus telah membuat pembayaran pinjaman PTPTN mereka di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, katanya, para peminjam sukar untuk berjumpa dengan pegawai PTPTN bagi berunding tentang urusan pembayaran balik pinjaman mereka kerana tiada pejabat cawangan PTPTN berdekatan mereka.

“Dulu ada masalah untuk peminjam berjumpa dengan pegawai bagi berunding. Sekarang sudah ada usaha mereka untuk membayar,” katanya.

Pengurus Besar PTPTN Negeri Johor Aizam Abdul Aziz berkata, Johor mempunyai 182,097 pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan 255,256 akaun SSPN-i.

Beliau percaya pembukaan dua lagi cawangan itu nanti akan meningkatkan lagi jumlah pendeposit dan akaun SSPN-i di negeri ini. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd