• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK : Tiada Sebarang Bantahan Oleh Parti Bertanding

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bantahan oleh mana-mana parti yang bertanding sepanjang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli berkata PRK itu berlangsung dalam suasana terkawal dan tiada sebarang kekacauan yang mengganggu kelancaran proses pengundian.

“Kami berpuas hati dengan perjalanan PRK ini dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memastikan kelancaran ketika hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini malam ini.

Beliau berkata perjalanan PRK yang berlangsung kali ini adalah telus dan tiada ruang untuk ketiga-tiga parti bertanding melakukan sebarang bantahan.

Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi DUN Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail, memperoleh majoriti 2,635 undi pada PRK hari ini.

Majoriti undi juga meningkat sebanyak 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, pada pilihan Raya Umum ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan KuborSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd