• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Pengkalan Kubor: Pakatan Umum Calon Khamis

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Walaupun masih belum dimuktamadkan, PAS malam tadi mula mencanangkan kepada pengundi di Pengkalan Kubor bahawa parti itu bakal meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan pada 25 Sept ini.

Sebelum majlis ceramah dimulakan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan Markas Besar PRK PAS di sini. Turut hadir Anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Anggota DUN Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.

Malah Mohamad ketika ditemui selepas itu berkata parti akan mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding di DUN itu pada 11 Sept iaitu sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya.

Beliau bagaimanapun berkata PAS akan mengadakan rundingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memuktamadkan parti manakah yang bakal bertanding pada PRK DUN itu.

“Apa sahaja keputusan nanti kita terima walaupun PAS memang berhasrat bertanding di DUN ini,” katanya dan menambah parti itu akan akur keputusan pucuk pimpinan pakatan pembangkang nanti.

Ketika berceramah, Kamaruddin yang merupakan Yang Dipertua PAS Bahagian Tumpat mendakwa PAS mendapat sokongan akar umbi yang mahukan parti itu bertanding bagi menggantikan PKR yang sebelum ini beberapa kali kalah di tangan BN pada beberapa pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata PAS perlu mengambil semula DUN berkenaan bagi melengkapkan kemenangan di semua empat DUN dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Selain DUN Pengkalan Kubor, tiga lagi DUN dalam Parlimen itu ialah Pasir Pekan yang diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob,  Wakaf Baharu (Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi) dan Kelaboran (Mohd Zaki).

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept. – BERNAMA

Tags: PASPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd