Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Kenapa Malaysia Tidak Dijemput?...

DARI FB NAJIBMELAWAN perubahan iklim dan pencemaran adalah antara janji dan agenda utama...

Komited Selesai Masalah Infrastruktur...

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menyelesaikan permasalahan penduduk Projek...

Tiada Toleransi Pegawai SPRM...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan bertoleransi dengan mana-mana...

Sultan Kelantan Tarik Balik...

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan...

PRK Pengkalan Kubor : Kelantan Isytihar 25 September Cuti

TUMPAT (Kelantan) – Sempena hari mengundi pada 25 September ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan hari berkenaan iaitu hari Khamis sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan rakyat di sana untuk keluar mengundi.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (Gambar) melalui laman Facebooknya hari ini.

“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.

“Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan Darul Naim,” katanya menurut status Facebook berkenaan.

Selain itu, Ahmad berharap pengundi di Pengkalan Kubor akan keluar mengeluarkan tanggungjawab mereka dan proses mengundi tersebut berjalan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.


“Undi hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat. Sepatutnya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja,” katanya.

Pada PRK itu, calon BN yang merupakan parti penyandang kerusi DUN berkenaan, Mat Razi Mat Ail akan berhadapan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada hari mengundi 25 September ini.

Sejak awal tempoh berkempen, memang ada desas desus bahawa kerajaan negeri Kelantan akan memberikan cuti peristiwa pada hari tersebut.

Dalam kempen mereka, PAS menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya sengaja membuat hari bekerja berkenaan sebagai hari mengundi untuk menyusahkan rakyat seterusnya menjadikan Barisan Nasional (BN) menang sekali lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori