• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Semporna Tahan 14 PATI Di Perairan Pulau Mataking

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam dua operasi di perairan Pulau Mataking semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun, berkata operasi pertama menyaksikan penahanan enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 16 hingga 55 tahun selepas bot pam yang mereka naiki ditahan jam 3.50 petang.

Beliau berkata, operasi kedua menyaksikan penahanan lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan dua hingga 43 tahun, selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pada jam 4 petang.

“Pemeriksaan mendapati semua PATI tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad juga berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan operasi ditumpu di kawasan perairan berkenaan yang dikenal pasti sebagai antara laluan digunakan PATI untuk masuk ke daerah ini. – BERNAMA

Tags: Patipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.