Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Koperal Didakwa Terima Suapan...

IPOH - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Tindakan Terhadap Anggota PAS...

KUALA TERENGGANU - PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didapati menyertai...

VIDEO : Gol Jaringan...

Siapa sangka pelawak dalam kumpulan Sepahtu, Jep begitu lincah bermain bola sepak dan...

Isu PBT P.Pinang Roboh...

DUA hari lalu, kecoh sekejap atmosfera politik di Pulau Pinang apabila pihak berkuasa tempatan...

PENGKALAN KUBOR: Kisah Pondok Agama Dan Calon BN

TUMPAT (Kelantan) – Solat lima waktu berjemaah merupakan kemestian bagi pelajar-pelajar di Sekolah Pondok Simpangan yang diasaskan oleh calon Barisan Nasional (BN) di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan.

Calon berkenaan Mat Razi Mat Ail, 48, bukan sahaja mengasaskan sekolah pondok itu tetapi beliau sendiri menjadi tenaga pengajarnya.

Lokasi sekolah berkenaan yang terletak di tengah kawasan sawah padi begitu ‘sung’ kalau mengikut loghat Kelantan yang bermaksud sesuai untuk pembelajaran agama kerana suasananya yang tenang dan selesa.

Sawah padi yang luas terbentang menyajikan pemandangan saujana mata memandang bagi mereka yang berkunjung buat pertama kali ke Pengkalan Kubor ini.

Syahzani Harun @ Yusof, 11, pelajar Sekolah Pondok Simpangan memaklumkan rutin seharian mereka bermula seawal pukul 5 pagi sebelum Solat Subuh dengan Mat Razi akan mengejutkan kesemua mereka untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.

Selain berehat, beriadah dan solat aktiviti harian mereka dipenuhi dengan kelas mengaji Al-Quran dan mempelajari kitab-kitab agama yang lain.

“Dia (Mat Razi) ajar kitab, ajar Al-Quran, ajar Tajwid dan banyak lagi lah.

“Suka dia sebab dia baik dan banyak menolong mengajar saya dan kawan-kawan,” katanya yang tinggal di rumah berdekatan.

Syahzani berkata dia masuk ke sekolah pondok itu sejak berumur sembilan tahun.

Mat Razi tidak pernah meninggalkan perhatian kepada murid-muridnya di sekolah pondok itu kerana rumahnya terletak hanya di belakang pondok berkenaan dan amat dekat dengan masjid.

Sementara itu, rakan Syahzani, Shahril Cik Mohd Yusof, 14, bercerita mengenai jadual mereka seharian.


DSC00858 DSC00860

“Pagi, bangun sembahyang Subuh, ada buat qiamullail seminggu sekali,” katanya.

Itulah betapa murninya perjuangan calon BN kepada ilmu sehingga nekad membina Sekolah Pondoknya sendiri dibantu dana RM50,000 yang diberikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Pada 20 Ogos lepas, Allahyarham meninggal dunia dan kini ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Mat Razi dipilih menjadi calon BN menggantikan Allahyarham.

Semalam, para pelajar sekolah itu menerima lawatan tetamu istimewa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman ke sekolah itu sempena PRK berkenaan.

Dengan bimbingan guru mereka, Mat Razi, para pelajar sempat memperdengarkan bacaan Al-Quran di hadapan Muhyiddin.

Pada PRK itu, Mat Razi akan berhadapan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

http://youtu.be/vqr0TnYS0ek

Hari mengundi ditetapkan pada 25 September ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Gambar dan Video : RIZA RAZAK

Kategori

Leave a Reply