• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Siasat Pembunuhan 2 Rakyat Britain

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand melancarkan penyiasatan di sekitar hotel dan rumah pekerja di sebuah pulau peranginan di sini berikutan penemuan dua mayat pelancong dari Britain Isnin lalu.

Ketika ditemui di pantai Pulau Koh Tao, mayat itu kelihatan berada dalam keadaan hampir bogel dan mempunyai kesan kecederaan teruk.

Lebih 70 anggota polis dikerah ke pulau peranginan itu di Teluk Thailand untuk melakukan penyiasatan.

Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha mahukan penyiasatan disegerakan kerana kejadian itu boleh menjejaskan industri pelancongan di Thailand yang baharu hendak pulih.

Beliau juga menggesa pihak media supaya memberi amaran kepada pelancong mengenai keselamatan mereka ketika mengunjungi negara berkenaan.

“Di negara mereka, (warga asing) boleh melakukan perjalanan ke mana-mana saja, tetapi di negara ini masih ada masalah. Terdapat pelbagai jenis manusia, justeru mereka harus berjaga-jaga,” kata Prayuth kepada pemberita.

Tegasnya, kejadian ini perlu disiasat kerana rakyat Thai tidak akan bertolak ansur dengan kejadian seperti ini.

Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwan berkata pihak polis sedang berusaha untuk mengambil tindakan seberapa segera boleh.

Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, dijumpai pagi Isnin lalu di kawasan pantai berdekatan hotel di mana mereka menginap.

Kedua-duanya cedera parah dan mempunyai kesan luka pada muka dan kepala yang dipercayai dilakukan oleh penjenayah terbabit menggunakan sebatang cangkul yang dijumpai tidak jauh dari mayat mangsa.

Major Jeneral Polis Kiattipong Khawsamang berkata kedua-dua mangsa melancong ke Thailand secara berasingan bersama rakan mereka tetapi kemudian bertemu di hotel berkenaan, Ocean View Bungalows ketika menginap di bilik bersebelahan satu sama lain.

Polis berkata seorang lelaki mirip orang Asia kelihatan dalam gambar kamera litar tertutup (CCTV) kini adalah suspek utama dalam kes ini. – AP

Tags: kes bunuhThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO : Mat Razi Anak ‘Tokey Aye’ Mesra Rakyat Pengkalan Kubor

Next Post

Soalan UPSR: 3 Guru Akan Direman Di Putrajaya Pagi Ini

Related Posts

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

27/06/2025
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu bagaimana nak respons, kami dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi saudara pagi ini," kata Datuk Rajpal...

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Next Post

Soalan UPSR: 3 Guru Akan Direman Di Putrajaya Pagi Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd