Sample Page Title

TUMPAT (Kelantan) – Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, memang dikenali masyarakat setempat khususnya di Kampung Simpangan yang juga kampungnya, kerana ayahnya dahulu seorang penjual ayam.

Penduduk setempat sering membeli ayam dari ayahnya Mat Ail di kawasan kampung itu menjadikan keluarganya dan dirinya sendiri lebih dikenali.

Selain anak seorang penjual ayam, Mat Razi juga mempunyai ramai bekas anak murid di kawasan itu yang pernah diajarnya ketika menjadi guru sebelum bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat kemudiannya.

Ketika berucap semalam di kuil Buddha Wat Machimmaram di hadapan masyarakat Siam, beliau berkata para penduduk di situ tidak perlu bimbang dengan khidmat yang akan diberikan beliau kepada rakyat kerana rumahnya sendiri tidak jauh pun dari kawasan itu.

“Jong Bakar adalah tidak asing bagi saya kerana saya ini orang Simpangan, ramai yang veteran ini kenal ayah saya, ‘Mat Ail Tokey Aye’ (Mat Ail tokey ayam),” katanya disambut gembira oleh masyarakat Siam yang hadir kira-kira 1,000 orang.

Mat Razi berkata, selepas pencalonan beliau ada pergi menemui bekas pelajarnya di Wat itu dan juga menemui Ketua Sami Buddha di situ bagi memaklumkan pencalonannya.

“Anak Mat Ail tokey ayam ini nak jadi calon, ganti arwah Datuk Di.. Jadi saya dengan hati terbuka menerima dan In Sha Allah saya akan berkhidmat.


“Kelmarin dulu saya dah pergi jumpa dengan bekas-bekas pelajar saya di Wat di sini dan saya berjumpa dengan Ketua Sami, dia bagi sokongan dan dorongan kepada saya, dia kata buat molek-molek serupa Datuk Di,” katanya.

Mat Razi hadir ke Wat itu di Pusat Daerah Mengundi di Jong Bakar mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun padang membantu kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang bakal berlangsung 25 September ini.

http://youtu.be/6dTRmnt4Qa8

Selain calon BN, kerusi DUN itu direbut oleh calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Penyandang kerusi itu Datuk Di atau nama penuhnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...