• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Britain Terkenang Saat Anaknya Meninggal Dunia

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron mendedahkan bagaimana gambar yang memaparkan seorang budak yang tenat akibat kanser otak, Ashya King, telah mengingatkan beliau kepada anak lelakinya, Ivan yang meninggal dunia pada usia enam tahun.

Menurut Cameron, ingatannya terhadap Ivan kembali menerjah apabila melihat Ashya keseorangan di katil hospital di Sepanyol selepas ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun itu, Brett dan Naghmeh King ditahan di penjara di Madrid.

“Saya teringat detik-detik di mana Ivan duduk di atas riba saya ketika makanan disuapkan melalui tiub dan berdepan dengan kesukaran akibat penyakitnya,’’ kata Cameron.

Ivan meninggal dunia pada 2009 akibat cerebral palsy.

Cameron berkata demikian ketika mengulas mengenai Ashya. Ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke Sepanyol dari Hospital Besar Southampton tanpa kebenaran.

Mereka berbuat demikian bagi membolehkan rumah mereka di Costa del Sol dijual dalam usaha mengumpul wang untuk membolehkan Ashya mendapat rawatan pakar kanser otak.

Ia menyebabkan polis mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap ibu bapa Ashya kerana melarikan anak mereka dari hospital.

Hanya abang sulong Ashya yang berusia 23 tahun dibenarkan melawat kanak-kanak itu.

Keadaan ini menyebabkan lebih 100,000 orang mengemukakan petisyen supaya ibu bapa Ashya dibebaskan dan tidak didakwa melarikan kanak-kanak berkenaan.

“Saya mengalu-alukan langkah pendakwaraya menggugurkan dakwaan ke atas ibu bapa Ashya King kerana adalah penting bagi anak ini mendapat kasih sayang keluarganya.

“Kerajaan tidak boleh memberitahu polis bagaimana untuk bertindak atau masuk campur dalam proses perundangan negara lain tetapi saya berharap keluarganya dapat disatukan,’’ katanya yang turut berharap agar rawatan itu boleh dilakukan di Britain atau tempat lain.

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd