Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Rusia Letak Syarat Akhiri...

MOSCOW – Rusia mengumumkan senarai tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev...

Mukhriz Diminta Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan...

Polis Cari Saksi Kes...

GEORGETOWN - Polis ingin mencari seorang lelaki untuk memberi keterangan berhubung kes dadah...

Kes Covid-19 Kembali Catat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,133 kes positif COVID-19 baharu setakat tengah...

Petanda BN Menang, Cikgu-Cikgu Pencen Sokong Mat Razi

TUMPAT (Kelantan) – Petanda kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor semakin jelas apabila satu kain rentang sokongan guru-guru pencen kepadanya terpampang di sini.

Kain rentang itu dipasang di tepi jalan menghala ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Sokongan padu itu hadir selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Pengkalan Kubor dan membuat perjumpaan dengan warga guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat sebelum ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN sempat berkata sebagai ahli politik yang lama sudah menghadiri lebih 20 kali PRK, semacam ada petanda ilham diberikan oleh Allah bahawa BN akan menang pada 25 September ini.

CikguPencen_2

Ketika itu, beliau berucap di satu program beramah mesra dengan penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Bata.

Selain itu, tekad para pengundi untuk mengundi BN dilihat datang daripada penduduk dan pengundi di sekitar DUN ini yang ramai hadir ke program anjuran sayap-sayap parti khususnya UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

Rata-rata mereka amat mengenali Mat Razi yang merupakan seorang bekas guru dan juga bekas Pembantu Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat sebelum ini yang kerjanya begitu dekat dengan masyarakat.


Atas kredibiliti itulah parti PAS yang mempertaruhkan calon mereka iaitu Penyelia DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim mula melakukan serangan peribadi dan mula memfitnah calon BN.

Selain fitnah, PAS berulang kali memainkan isu royalti minyak yang sudah berkali-kali dijelaskan oleh BN dalam ceramahnya sempena kempen di Pengkalan Kubor.

Apapun, dari setiap program yang dihadiri Mat Razi sepanjang tempoh kempennya biarpun di kawasan mengundi yang BN tewas, sambutan orang ramai pengundi memang menggalakkan.

Bukan sahaja PAS, BN akan berdepan dengan seorang lagi calon iaitu seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada PRK itu.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori