• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Sewa Rumah, Perlu Atau Tidak?

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Apa perasaan korang jika baru menyewa kediaman, tiba-tiba tuan rumah meminta anda keluar dengan pelbagai alasan? Mesti bengangkan.. Sudah la satu hal nak cari rumah lain, rugi masa, rugi tenaga…

Artikel yang dipetik dari akhbar Harian Metro ini memberi sedikit pencerahan tentang kepentingan perjanjian sewa rumah. Kesimpulannya, selepas ni kalau menyewa, pastikan ada surat perjanjian senang kita nak bincang apa yang patut.

Memetik laporan itu, kepentingan menyediakan surat perjanjian atau dokumen sewa rumah sering diambil ringan oleh kebanyakan pemilik dan penyewa kerana merasakan tidak ada keperluan.

Menurut pakar hartanah, Tuanbri Hashim berkata, perjanjian sewa adalah satu kontrak yang ditandatangani oleh tuan rumah dan penyewa yang menyatakan semua terma dan syarat penyewaan hartanah.

“Syarat untuk surat perjanjian sewa rumah, tertakluk di bawah undang-undang Malaysia. Antara yang wajib ada ialah perlu mengandungi tarikh sewaan, tempoh sewaan, bayaran sewaan, cara bayaran sewaan dan maklumat penyewa.

“Bagi mereka yang ingin membuat sendiri surat perjanjian juga boleh, tetapi untuk mereka yang belum pernah, boleh mengupah peguam. Namun, saya cadangkan bagi mereka yang baru menjadi tuan rumah, upah peguam dan anda dapat menilai sendiri kandungan perjanjian terbabit selain mampu mengubah sebarang terma atau syarat mengikut keinginan serta kesesuaian sendiri,” katanya.

Menurutnya, terdapat bayaran yang dikenakan untuk penyediaan perjanjian terbabit dan lebih kurang RM200 hingga RM800 jumlah yuran yang selalunya dikenakan, bergantung kepada jenis hartanah dan setem duti juga berbeza mengikut kadar sewa.

Beliau berkata, peguam juga selalunya terbabit dalam penyediaan perjanjian manakala perunding hartanah pula sebagai pemudah cara.

Tuanbri berkata, setem perjanjian juga perlu dimatikan untuk memudahkan ia dibawa ke mahkamah sekiranya berlaku sebarang kes yang tidak diingini.

“Perjanjian sewa rumah ini juga boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau Inggeris bergantung kepada kesesuaian masing-masing,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: perjanjian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd