• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan Baharu Cermin Gelap Bermula 1 November – JPJ

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

“Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

“Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi. – BH Online

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd