• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Amal Budaya Kerja Berintegriti – KSN

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam perlu mengamalkan budaya kerja berintegriti, bertanggungjawab serta meletakkan keutamaan terhadap organisasi, rakyat dan negara bagi menghindarkan diri daripada perbuatan yang tidak sepatutnya.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ia bertepatan dengan ikrar yang dibuat setiap penjawat awam ketika dilantik iaitu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur serta ikhlas.

“Pelbagai inisiatif telah dibuat kerajaan untuk membudayakan kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam iaitu aspek integriti, pematuhan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Terkini, pada penghujung 2013 kerajaan meluluskan penubuhan Unit Integriti di semua jabatan dan agensi. Pelbagai inisiatif integriti ini membuktikan komitmen kerajaan ke arah memastikan integriti; prinsip yang tidak boleh dikompromikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ali megulas mengenai beberapa kes berkaitan integriti melibatkan penjawat awam termasuk penahanan tujuh pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) akibat rasuah pada Jumaat lepas serta isu kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, Ali berkata laporan beberapa insiden yang melibatkan integriti penjawat awam kebelakangan ini dilihat mampu menjejaskan reputasi dan imej perkhidmatan itu di mata rakyat.

Katanya, walaupun hanya sebahagian kecil penjawat awam melakukan kesalahan itu, namun usaha untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat pastinya sukar dan bakal mengambil masa yang lebih lama.

Justeru, beliau menyokong penuh inisiatif serta tindakan yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menggerakkan beberapa operasi membanteras rasuah baru-baru ini.

Ali turut merakamkan penghargaan terhadap Pasukan Petugas Khas yang dianggotai pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia dan Cybersecurity atas kejayaan memberkas pegawai kanan JKDM yang terlibat dalam aktiviti rasuah bagi penyeludupan arak dan rokok.

Pada masa sama, beliau yakin siasatan rapi yang dijalankan pihak berwajib terhadap kes kebocoran kertas peperiksaan UPSR tahun ini.

“Jika didapati ada kakitangan kerajaan yang terlibat, hukuman setimpal hendaklah dikenakan kepada mereka yang bersalah,” katanya menambah kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd