Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Ramai Akauntan Diperlukan, Tingkat...

KUALA LUMPUR - Sektor awam dan sektor swasta bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai...

Anda Mengeluh Susah? Lihat...

KUANTAN - Kesempitan hidup yang dialami sebuah keluarga di kampung Sri Fajar di...

UPP Rampas Rokok Seludup...

KOTA BAHARU - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas pelbagai jenis rokok seludup...

Petrol RON97 Turun 10...

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.65...

Penarik Kereta Dihukum Gantung Sampai Mati

Penarik kereta, Koong Swee Kwan (gambar) dijatuhi hukuman gantung sampai mati hari ini selepas didapati bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank); Husssain Ahmad Najadi, tahun lepas.

Koong, 45, juga dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah cuba membunuh isteri Allahyarham Hussain, Cheing Mei Kuan, 50.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin, membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Memetik laporan BH Online, dia dituduh membunuh Hussain, 75, di kawasan tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di ibu negata antara pukul 1.30 tengah hari dan 2 petang, 29 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori.


Dia turut didakwa cuba membunuh Mei Kuan di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd Karim, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Naizatul Zamrina Karizaman manakala tertuduh diwakili peguam Chee Kuat Lin serta Nor Hashimah Abd Rahman. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori