• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

” Nik Nazmi, Itu Perbincangan Tertutup, Jangan Dedah ” – Pas

oleh Ahmad Albab
14/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad diatas tindakan beliau mendedahkan butir pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, perbuatan Nik Nazmi itu tidak membantu kepada proses perdamaian antara pucuk parti pimpinan PAS dengan PKR dan DAP yang sedang mengalami polemik isu jawatan Menteri Besar Selangor.

“Pemuda pakatan dalam proses membantu meneroka jalan perdamaian dalam kemelut Menteri Besar Selangor. Prosesnya bertemu dan berbincang dari hati ke hati antara pemimpin utama setiap parti.

“Sebarang maklumat yang diperolehi saya rasakan amat tidak sesuai jika didedahkan kepada pihak umum buat masa ini kerana ia bakal mencetus polemik demi polemik yang akhirnya membantutkan proses yang sedang diteroka ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Suhaizan meminta Nik Nazmi tidak mendedahkan lagi butir pertemuan yang boleh membawa polemik kepada umum kerana boleh menyukarkan proses yang sedang diusahakan pemuda pakatan.

“Kita maklum bahawa semua pihak ada justifikasi tersendiri dalam isu ini. Itulah peranan pemuda pakatan dalam meneroka jalan damai ini agar semua pihak kembali ke meja rundingan dan mencapai konsensus bersama,” katanya.

Nik Nazmi dalam satu kenyataan semalam mendedahkan pandangan Abdul Hadi bahawa jalan penyelesaian kepada kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau mendakwa Abdul Hadi menyatakan pandangan itu dalam satu pertemuan tertutup dengan beliau yang turut disertai Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong dan Suhaizan.

Tags: Nik Nazmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Setuju Kongsi Wang Ihsan 50-50 Dengan Kelantan

Next Post

Muktamar Pada 18-20 Sept Tumpu Pengukuhan Ukhuwah

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

Next Post

Muktamar Pada 18-20 Sept Tumpu Pengukuhan Ukhuwah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd