Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Didakwa Rogol...

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas...

Bekas Presiden Peru Alan...

LIMA - Bekas Presiden Peru Alan Garcia Perez yang berkhidmat dari tahun 1985...

“Bersatu Tak Campur Hal...

SETIAUSAHA DAP Selangor, Ronnie Liu tidak memahami situasi sebenar di sebalik penyertaan bekas...

KPWKM Kaji Jadikan Pengasuh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengkaji untuk...

Muktamar Pada 18-20 Sept Tumpu Pengukuhan Ukhuwah

JOHOR BAHRU – Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang akan berlangsung di Batu Pahat, selama tiga hari mulai Khamis ini akan menumpukan aspek pengukuhan ukhwah dalam kalangan anggota parti itu.

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata perpaduan dalam kalangan anggota amat penting sebagai kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor serta pilihan raya umum, akan datang.

“Selain berkisar kepada ukhwah, antara isu yang dijangka diketengahkan perwakilan adalah mengenai isu Menteri Besar Selangor dan ucapan dasar presiden parti.

“Isu kelemahan sistem peperiksaan sehingga menyebabkan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini juga dijangka akan dibangkitkan dalam muktamar kali ini kerana ia bersifat nasional demi kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Aminolhuda berkata, bertemakan ‘Terus Beristiqamah’, muktamar yang julung kali diadakan di Johor itu akan dihadiri 1,200 perwakilan serta kira-kira 600 petugas dan pemerhati luar.

Beliau berkata pemilihan Johor sebagai tuan rumah memperlihatkan kekuatan PAS di negeri ini lebih-lebih lagi selepas memenangi empat kerusi DUN pada pilihan raya umum lepas iaitu Maharani, Sungai Abong, Puteri Wangsa dan Parit Yaani.

Katanya muktamar kali ke-60 itu juga bertepatan dengan usia PAS Johor yang menjangkau 60 tahun sejak ditubuhkan pada 21 Mac 1954.


“Muktamar kali ini akan menyelitkan ‘gaya’ Johor dalam majlis perasmian selain tetamu yang hadir akan turut dihidangkan nasi beriani gam pada majlis makan tengah hari ‘kenduri rakyat’, selepas perasmian dilakukan,” katanya menambah ulama Dr Yusuf Al-Qardhawi dijangka turut menghadiri muktamar berkenaan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, segala persiapan muktamar termasuk khemah, tempahan penginapan perwakilan serta aspek keselamatan berjalan lancar walaupun pihaknya mengalami kesuntukan masa.

Khairul Faizi yang juga Timbalan Pengarah 2 muktamar berkata kira-kira 150 gerai pameran dan jualan sudah didirikan dengan tumpuan pameran kepada sejarah penubuhan PAS termasuk mempamerkan buku daftar keahlian pertama.

Beliau berkata, Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung mulai Selasa dan Rabu ini diikuti muktamar tahunan PAS ke-60 pada Khamis hingga Sabtu.

Muktamar tahunan diadakan di Dataran Parit Salleh Ros, Parit Raja; Muktamar Dewan Ulama di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di Kulaijaya; Muktamar Dewan Pemuda di Dewan Choon Moi di Kota Tinggi manakala Muktamar Dewan Muslimat di Pulai Springs Resort, di sini, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori