Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairudin Aman Razali mendakwa portal berita The Malaysian Insider memfitnah beliau melalui laporan bertajuk `Ulama PAS akui 2 ADUN gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO’ yang disiarkan semalam.

Mohd. Khairudin mendakwa, beliau tidak pernah menyebut atau mengesahkan bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor.

“Itu rekaan dan fitnah The Malaysian Insider yang sangat jahat. Menasabkan kepada seseorang apa yang tidak disebut atau dikatakan oleh dirinya adalah fitnah jahat,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

The Malaysian Insider semalam melaporkan Mohd. Khairudin mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan UMNO.

Berdasarkan laporan portal berita tersebut,  Mohd. Khairudin membuat perakuan itu melalui satu penulisan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS.

Mohd. Khairudin bagaimanapun mendakwa, beliau dalam penulisan itu cuma menyebut Abdul Khalid mempunyai sokongan 26 ADUN termasuk 13 ADUN PAS dan 12 ADUN  UMNO yang menyokong tanpa syarat maka Abdul Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai Menteri Besar dalam situasi itu.

Dakwa beliau, petikan itu hanya penyataan terhadap  apa yang sedang berlaku dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor iaitu Abdul Khalid disokong 26 ADUN dan bukan perakuan beliau PAS bekerjasama dengan UMNO.

“UMNO sememangnya mengisytiharkan di media sebagaimana semua orang tahu menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar,” katanya.

 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...