Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Syamsul Yusof Menang Pengarah...

PENGARAH filem pecah panggung Munafik, Syamsul Yusof mengangkat nama negara apabila dinobatkan sebagai...

45 Individu Disyaki Penagih...

KEPALA BATAS - Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini menahan seramai...

Rumah Semakin Mahal? Jom...

Semua orang tahu harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal.Disebabkan itu, golongan...

Jangan Beri Kepercayaan Kepada...

ALOR SETAR - Rakyat Kedah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan dengan memberi kepercayaan...

Pemimpin Komponen Pakatan Tak Hadir Perasmian Muktamar Pas

emimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi ini.

Tinjauan mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada kemelut krisis menteri besar Selangor yang melanda kerajaan PR Selangor sehingga menyebabkan rakan komponen pembangkang itu bertelagah.

Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar selepas menerima pelbagai aduan tentang menteri besar itu yang dikatakan mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya terdahulu, PKR atau pimpinan PR.

Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Krisis bermula apabila Khalid berdegil enggan melepaskan jawatan hingga menyebabkan beliau dipecat daripada partinya pada Ogos lalu.

PR juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu itu apabila PAS, terutamanya Hadi, secara terbuka menolak calon MB pilihan PKR iaitu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadi juga mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid. – The Malaysian Insider

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori