• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Pembangunan Kelantan T’jawab PAS, Bukan BN

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Tuduhan PAS menyatakan kerajaan pusat mengenepikan negeri Kelantan dalam soal pembangunan sepatutnya tidak berbangkit kerana pembangunan bukan tanggungjawab kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri Kelantan iaitu PAS.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa sahaja soal pembangunan sehingga program mencegah banjir, rakyat Kelantan patut menuntut pembangunan itu daripada kerajaan PAS dan bukan di peringkat Persekutuan.

Beliau menjawab soalan wartawan berkenaan banjir yang sering berlaku di kawasan Tumpat jika berlakunya musim tengkujuh dan apakah tindakan kerajaan pusat mengatasi masalah itu.

“Tanya kerajaan negerilah, kena ingat Kelantan ada di bawah PAS kalau banjir pun rakyat mesti tuntut kerajaan negerilah untuk selesaikan,” katanya dalam sidang media di Sekolah Pondok Simpangan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, jika kerajaan negeri tiada peruntukan, mereka boleh memohon kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan.

“Kecuali kalau kerajaan negeri tiada peruntukan, dia (PAS) nak mohon dari kerajaan pusat itu kita akan timbangkan,” katanya.

Dalam lawatan Muhyiddin ke kawasan Simpangan hari ini, para penduduk di kawasan itu memaklumkan jika banjir berlaku air boleh meningkat ke paras lima kaki sehingga menenggelamkan rumah mereka.

“Saya tahu, tadi pun saya dimaklumkan oleh penduduk di sini, rumah yang saya pergi tadi dia tunjuk sampai dekat lima kaki.. Jadi ia memang satu perkara yang serius.

“Kita sedia menimbang kalau rakyat di sini memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana peruntukan akan datang daripada BN, bagaimanapun di peringkat ini tanggungjawab ialah kepada kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu dalam lawatan beliau, Muhyiddin berada di kuil Buddha  Wat Machimmaram di Simpangan ini untuk bertemu kira-kira 1,000 pengundi masyarakat Siam yang hadir bagi melihat keperluan mereka yang jumlah keseluruhan kira-kira 1,600 orang.

PAS dalam ceramah kempennya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, mencanangkan bahawa kerajaan BN sengaja menekan dan menyeksa rakyat Kelantan dengan enggan memberikan pembangunan biarpun ada permohonan dari kerajaan negeri.

Menurut mereka, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap zalim kerana menekan rakyat kerana tidak menyokong BN.

http://youtu.be/ZnKfk1DEJSs

Nampaknya PAS lupa bahawa “rumah sendiri yang perlu dicuci dan dijaga dan bukannya minta tolong dari rumah jiran”. Pada siri ceramah mereka, tuduhan-tuduhan jahat kepada BN amat lantang diberikan tetapi kerajaan tahu rakyat di Pengkalan Kubor masih
setia pada BN. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: PASPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

PAS Sedia Terajui PN – Syahir

30/12/2025
0

SHAH ALAM – Pas bersedia menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan peletakan jawatan...

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd