• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Kerja Apabila Tasik Kenyir jadi kawasan Bebas Cukai

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Kerajaan negeri menggesa rakyat terutamanya di Hulu Terengganu untuk merebut peluang kerja yang banyak ditawarkan apabila Tasik Kenyir menjadi kawasan bebas cukai pada akhir tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rozi Mamat berkata apabila Tasik Kenyir menjadi kawasan bebas cukai, pelbagai peluang kerja akan wujud seperti dalam bidang pelancongan, perniagaan dan perkhidmatan.

“Kita tidak mahu peluang yang ada di depan mata, kita tidak mempedulikannya sehingga ia direbut oleh orang luar dan kita di sini hanya menjadi pemerhati semata-mata,” katanya ketika merasmikan program melestarikan eko-pelancongan oleh peserta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir Pengarah SPRM Terengganu Zainal Adam.

Rozi berkata Tasik Kenyir yang dibina pada 1988 merupakan tasik buatan manusia terbesar melibatkan keluasan 2,600 km persegi dengan 340 buah pulau di dalamnya, dibina untuk menjana kuasa elektrik, kini menjadi destinasi pelancongan tersohor negara.

“Tahun ini kita sasarkan kedatangan pelancong sehingga lima juta yang mampu menjana pendapatan sehingga RM2.5 bilion dan pada Tahun Melawat Terengganu 2013, kita berjaya menarik pelancong sehingga empat juta dan menghasilkan pendapatan RM2 bilion,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan dan permasalahan eko-pelancongan di Tasik Kenyir.

Katanya ia melibatkan isu seperti penebangan hutan, pemuliharaan alam sekitar, pembuangan sampah dan sebagainya.

“Kita mahu mengintegrasikan penguatkuasaan secara berterusan dengan kerjasama jabatan dan agensi lain seperti Perhilitan, Perhutanan, Pelancongan, Lembaga Kemajuan Tengah (Ketengah) dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kerjayaTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd