• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Pas Ingatkan Hadi Yang Presiden Tiada Kuasa Veto

oleh AK-47
16/09/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai kuasa veto untuk bersuara bagi membuat apa-apa keputusan mengenai pencalonan Menteri Besar Selangor tanpa melakukan perbincangan dengan ahli pimpinan parti lain.

Menurut Peguam Pas, Zulhazmi Sharif, segala keputusan yang melibatkan kepentingan parti mesti dibincang melalui mesyuarat dan diputuskan bersama.

“Presiden tidak mempunyai kuasa tersebut. Pas ialah parti politik berpelembagaan dan yang penting dalam Pas ialah konsep syura.

“Dalam hal ini (isu Menteri Besar Selangor), Presiden tidak boleh buat keputusan sendiri sebab Perlembagaan Pas tidak sebut bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus.

“Presiden mesti bincang terlebih dahulu melalui Majlis Syura iaitu majlis mesyuarat. Dia (Presiden) tidak boleh buat keputusan melulu,” katanya melalui majlis soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?” yang dianjur oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran keengganan Pas untuk akur terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu.

Tambah Zulhazmi, presiden adalah salah seorang daripada AJK Pas Pusat tapi beliau memegang jawatan sebagai Presiden dalam Pas.

Oleh demikian, ujar Zulhazmi lagi, presiden harus hormati AJK Pas Pusat yang lain dengan berbincang terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.

“…Dia boleh ada kuasa pemutus, tetapi di dalam mesyuarat,” jelasnya. – SINAR HARIAN

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd