Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Jersi Tiruan Baharu Harimau...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 418...

Bijak Tak Cadangan Keluar...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menemplak Kerajaan Pakatan Harapan apabila meminta...

Syarikat Ini Membuatkan Pekerjanya...

Sebuah syarikat cari gali, Nexen, yang terletak di Bandar Calgary, Kanada, baru-baru ini...

Penyelidik Jepun Terjatuh Di...

KUCHING - Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu...

PAS Terkedu!! Orang Siam Banjiri Wat Machimmaram Sambut TPM

TUMPAT (Kelantan) – Di kawasan kuil Buddha Wat Machimmaram, lebih 1,000 orang penduduk Pengkalan Kubor dari masyarakat Siam hadir untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran hampir keseluruhan pengundi di kawasan itu pasti membuatkan parti PAS terduduk dek sokongan hampir kesemua masyarakat Siam yang berjumlah kira-kira 1,600 orang di situ.

Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) hadir di kuil itu bagi menemui pengundi masyarakat Siam sempena lawatan turun padang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jong Bakar mendapat majoriti lebih 700 undi dan ia merupakan majoriti kemenangan BN mengikut PDM paling tinggi di DUN Pengkalan Kubor.

Pada PRK kali ini, BN mensasarkan untuk merekodkan majoriti di kawasan itu melebihi 721 undi dengan calon mereka Mat Razi Mat Ail sekaligus menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Apatah lagi calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, pasti lenyap terus sokongan kepadanya.

TPM_2

Wat_0

Bagi menghargai sokongan masyarakat Siam, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk program pendidikan bahasa Siam di kawasan Jong Bakar bagi memberikan pendidikan yang lebib baik kepada pelajar Siam di situ.


http://youtu.be/dbljjwlKYgI

Kedatangan para pengundi di Jong Bakar dilihat memang satu kedatangan yang rela dan tidak dipaksa kerana mereka hanya memakai selipar dan pakaian yang biasa dari rumah.

Wat_2 Wat_3 Wat_4 Wat_5

Tempat yang disediakan di dalam dewan penuh dan juga diluar dewan ketika ketibaan Muhyiddin tadi diiringi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon, Mat Razi.

http://youtu.be/Ypchf2UYjyw

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September ini untuk hari mengundi bagi PRK itu dengan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan calon bebas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Kategori

Leave a Reply