Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

RM6 Bilion Bagi 120...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan hampir RM6 bilion bagi membangunankan 120 Projek Perumahan...

Iran, Turki, Rusia Setuju...

KUALA LUMPUR - Iran, Rusia dan Turki bersetuju untuk mewujudkan zon pengenduran di...

“Nak Tengok Diri Sendiri...

PELAKON, Elizad Sharifuddin memberitahu dia bersetuju menyertai program lawak Super Spontan Xtravaganza kerana...

Berjaya Tangkap Penjenayah Guna...

SEORANG pengguna Facebook, Hamizan Komeng berkongsikan kisah bagaimana dia berjaya menjejaki semula penjenayah...

PAS Kata Tiada Jasa Arwah Zahidi, Ini Bukti Jasa Beliau

TUMPAT (Kelantan) – Parti PAS sebelum ini mengatakan dengan lantang bahawa tiada langsung jasa besar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor sebelum ini, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang boleh dibanggakan kecuali pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat sahaja.

Dari sumber penduduk di Pengkalan Kubor sendiri, disenaraikan satu persatu projek yang diperjuangkan oleh Allahyarham untuk menangkis dakwaan keji PAS itu.

Dakwaan itu sebelum ini datang dari Timbalan Yang di-Pertua PAS Tumpat Mohd Zaki Ibrahim dalam satu sidang media di Markas Besar PAS di Geting, Pengkalan Kubor semalam sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

http://www.youtube.com/watch?v=tfHP8Qs3wPs

Daripada senarai yang Mynewshub.cc terima ini, begitu banyak projek yang telah menyelesaikan banyak masalah besar penduduk di Pengkalan Kubor.

PAS, elok henti-hentilah daripada menyerang peribadi orang yang sudah meninggal dunia kerana perkara itu amat tidak elok dan menjijikkan.

Berikut, penulis meletakkan satu demi satu projek besar yang dibuat oleh Allahyarham Noor Zahidi untuk penduduk di DUN Pengkalan Kubor ini.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Kos Projek – RM67.0 Juta
Lokasi – Tujoh, Tumpat
Tarikh Mula – 25 September 2006
Tarikh Siap – 26 Ogos 2009
Impak Projek – Bil.Pelajar 778 Orang
Bil.Guru 59 Orang
Bil.Bukan Guru 31 Orang
Bil.Kelas 28

Jalan Kesban – Pengkalan Kubor
Kos Projek – RM58.6 Juta
Lokasi – Pengkalan Kubor
Tarikh Mula – 12 September 2004
Tarikh Siap – 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor
Kos Projek – RM12.3 Juta
Lokasi – Pengkalan Kubor
Tarikh Mula – 1 April 2006
Tarikh Siap – 15 Ogos 2010

Pusat Pengumpulan,Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan
Kos Projek – RM5.06 Juta
Lokasi – Pengkalan Kubor
Tarikh Mula – 15 September 2011
Tarikh Siap – 29 November 2012
Impak Projek. – Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat
Kos Projek – RM3.0 Juta
Lokasi – Pengkalan Kubor
Tarikh Mula – 1 Januari 2006
Tarikh Siap – 27 Disember 2010
Impak Projek – Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.


-Masjid Kubang Sawa
Kos Projek – RM1.6 Juta
Lokasi – Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula – 28 Januari 2010
Tarikh Siap – 31 Mac 2011
Impak Projek – Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia
Kos Projek – RM200,000
Tarikh Mula – 10 Ogos 2012
Tarikh Siap – 22 November 2012
Impak Projek – Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Itu projek yang besar, belum lagi projek dan jasa kecil yang dilakukan oleh Allahyarham antaranya menyumbangkan RM50,000 kepada calon Barisan Nasional (BN) kali ini Mat Razi Mat Ail untuk membina Sekolah Pondok Simpangan.

Dalam rangka kempen calon BN, Mynewshub.cc menemui beberapa orang penduduk di Pengkalan Kubor di Kampung Bunohan yang rata-rata amat mengenali dan menyenangi kehadiran Mat Razi ke rumah mereka siang tadi.

Daripada kebanyakan mereka, dua orang paling istimewa ialah Cik Limah Teh, 90, ketika ditemui Mynewshub.cc menyifatkan sokongannya kepada BN tidak pernah berubah dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memangkah parti lain.

http://youtu.be/Gt-xJNiUe_U

Beliau yang sesekali tertawa apabila diajukan soalan menganggap BN telah terlalu banyak berjasa kepada keluarganya dan kerana itulah sokongannya tetap kepada parti pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Bila ditanya apakah parti yang akan dipangkah pada 25 September nanti, Cik Limah tanpa segan silu menjawab tiada parti lain selain BN akan dipangkah olehnya.

Selain Cik Limah, beberapa orang penduduk di Kampung Bunohan telah mula menyedari kehadiran Mat Razi dari kejauhan dan menyambut kehadiran calon BN itu dengan hidangan air dan makanan seperti kehadiran saudara mara mereka.

Jadi, kerja PAS memburukkan bekas ADUN yang sudah meninggal dunia sudah sedia keji, inikan pula menyerang peribadi calon BN Mat Razi sebagai orang yang tidak dikenali di Pengkalan Kubor ini lebih keji. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori