• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Ingatkan Parti Lain Jangan Campuri Urusan Mereka

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS terus memperlihat kegarangannya di dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila hari ini meminta parti lain dalam pakatan itu untuk saling menghormati tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

Laporan Agenda Daily menyebut, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kini banyak berlaku apabila pihak lain dilihat cuba mencampuri urusan dalam PAS khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

“Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

“Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat,” katanya memetik laporan Harakah Daily.

Tuan Ibrahim mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.

Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

“Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka,” katanya lagi.

Kenyataan itu sebagai mengulas beberapa kenyataan dari pemimpin dari parti lain dalam PR yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.

Ada kenyataan dilihat seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar parti itu dalam menentukan keputusan termasuk dalam isu Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

“Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu,” katanya.

Kemelut terbaru apabila PAS dikatakan menghantar satu nama lain selain Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia dilihat melanggar ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PR yang hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, para pemerhati politik melihat tindakan PAS mencalonkan lebih dari dua nama sebagai mengikut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan lebih dari dua nama daripada parti dalam PR untuk dilihat sesuai dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

 

Tags: pakatan rakyatPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

13/07/2026
0

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd