• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Hantar Nama Lain Untuk MB, Mat Sabu Tak Tahu?

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

Kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor yang baru semakin menarik apabila laporan media menyebut PAS telah mengesahkan bahawa ada menghantar nama seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS untuk jawatan berkenaan.

Laporan laman web Harakahdaily, memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu.

Lebih mengusutkan apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilaporkan pelbagai media online bahawa beliau tidak tahu menahu ada nama ADUN PAS yang dihantar sebagai calon kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya (Mat Sabu) tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskan oleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr. Wan Azizah dan kedua Azmin Ali,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Selangor Press hari ini.

Mustafa berkata, PAS menyerahkan nama dua ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu nama ADUN PAS kepada pihak istana sebagai calon untuk menggantikan Menteri Besar ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau bagaimana tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

“Buat masa ini nama tu biarlah dulu,” Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Katanya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.

Mustafa berkata, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

“Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga,” katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Mustafa menafikan PAS menghantar nama tiga Adunnya kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Ada laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan PAS menghantar tiga nama iaitu Dr Wan Azizah, Azmin dan nama Iskandar sebagai calon. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Krisis MB SelangorPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd