Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zahid Mahu Wee, Annuar...

KUALA LUMPUR - Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

PROTIGA: Sendiri Pilih DreamEDGE,...

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk...

Lelaki Maut Digilis Lori...

KEMAMAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori di Kilometer...

Program Jualan Prihatin PN...

Kita sambut baik usaha bantu rakyat oleh mana-mana pihak, namun ada persoalan di...

PAS Gantung Doa Qunut Nazillah Di Pengkalan Kubor, Untuk Apa?

TUMPAT (Kelantan) – Kempen PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor dilihat agak melampau apabila menyamakan Barisan Nasional (BN) seperti Israel dan musuh Islam yang lain.

Sedang kita membaca doa Qunut Nazillah berdoa kepada hadrat Allah agar memberikan kemenangan kepada Islam dan memusnahkan musuh Islam di Israel yang sedang membunuh ramai rakyat Palestin, PAS membacakan doa sama untuk BN.

Kain rentang besar digantung di dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor memaparkan doa itu dengan kata-kata Tumbang BN dan UMNO.

PRK DUN Pengkalan Kubor akan berlangsung pada 25 September ini dengan menampilkan pertembungan tiga penjuru antara BN dengan calonnya Mat Razi Mat Ail, PAS dengan Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Tidak dapat difahami mengapa PAS sanggup melakukan perkara sedemikian kepada parti yang bersama-sama mendokong Islam dan sama menunaikan rukun-rukun dalam Islam antaranya solat, berpuasa dan membayar zakat.

Dalam satu sidang media oleh PAS di Markasnya sebelum ini, Pengarah Jentera Operasi PRK DUN Pengkalan Kubor bagi Pakatan Rakyat (PR) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata UMNO itu memang pada dasarnya jahat, kaki penipu dan putar belit.


Para pengundi di Pengkalan Kubor bakal mengundi pada 25 September ini bagi mencari pengganti kepada Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang telah meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

Bagaimanapun, jentera BN setakat ini masih kekal bertahan dengan menggunakan pendekatan yang berhemah dala kempen lebih kepada mendedahkan apa kekurangan dalam PAS dalam mentadbir negeri Kelantan biarpun sudah hampir 30 tahun tetapi tiada pembangunan besar yang dibuat oleh PAS. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori