• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Osama Yamani Mahu Ikut Jejak Jamal Abdillah

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Melihat kemunculan anak sulung Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani ketika berlangsungnya Konsert Nostalgia Jamal sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 yang berlangsung di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya (IB) Ogos lalu, ada sesuatu yang diperhatikan.

Kemunculan Osama di atas pentas berkenaan boleh dikatakan mempunyai aura tersendiri seperti mana yang diwarisi bapanya. Di usia 13 tahun, beliau tidak menafikan mahu memanjangkan legasi seni bapanya.

Osama yang ditemui BH Online baru-baru ini memberitahu biarpun minat seninya kian bercambah, beliau yang sedang menuntut di Sekolah Seni Malaysia KL di Bukit Jelutong, Selangor harus mengutamakan pelajaran seperti mana yang dipesan Jamal.

“Ada peluang dan ruang saya mahu jadi seperti babah (panggilan kepada Jamal). Memang dari kecil saya sering juga mengikuti beliau membuat persembahan di sana sini, cuma ketika itu tak berani nak cakap.

“Minat itu berputik dalam diam. Tengok babah menyanyi di TV, memang timbul di hati untuk meneruskan kelangsungannya. Selain nak jadi penyanyi, saya juga nak jadi pengarah muzik. Cuma dalam apa yang saya ingini, pelajaran tetap perlu dihabiskan,” katanya yang tidak pernah mengambil pelajaran vokal secara rasmi di mana-mana kelas muzik.

Osama memberitahu sebagai anak, beliau sedar bapanya mahu yang terbaik termasuk aspek kehidupan dan masa depan.

“Saya percaya setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jadi saya tak boleh melawan cakap mereka. Saya memang tak pakai telefon bimbit. Apatah lagi mempunyai akaun laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

“Dulu pernah ada sekejap akaun laman sosial tapi sebab saya pernah leka belajar hingga gagal dalam peperiksaan, terus babah suruh tutup. Babah nak saya fokus belajar,” katanya. – BH Online

 

Tags: penyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Akui Sukar Berdakwah Di S’gor Jika Kemelut MB Berlarutan

Next Post

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd