• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Artis, Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.

“Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.

“Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.

“Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya,” ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.

Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.
Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.

“Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu.
“Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai,” ujarnya.

Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.

Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.

“Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.

“Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.

Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.

“Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.

“Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Osama Yamani Mahu Ikut Jejak Jamal Abdillah

Next Post

Penerima Dana Untuk Biayai Aktiviti Keganasan Dikenal Pasti

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

Next Post

Penerima Dana Untuk Biayai Aktiviti Keganasan Dikenal Pasti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd