HUBUNGAN cinta yang terjalin di antara aktres comel, Nora Danish dengan Nedim Nazri bukan lagi rahsia.
Masing-masing pun cukup terbuka dengan kisah cinta kerana sering kali memaparkan kemesraan di laman sosial masing-masing.
Terbaharu, Nedim sempat berkongsi gambarnya yang sedang membuli Nora untuk membuka stoking yang dipakainya. Sweet ke annoying pada anda aksi mereka berdua ni?
(BACA – Britney Spears Nak Kate Middelton Pakai Pakaian Dalam Rekaannya -KLIK)
Kebanyakan peminat melahirkan keterujaan mereka melihat aksi comel pasangan tersebut malah ada juga yang mencadangkan Nedim menceburi bidang lakonan kerana mimik mukanya yang sangat menjadi dalam gambar yang dikongsikannya itu.
Ada juga peminat yang mendoakan agar pasangan ini segera menikah kerana memang masing-masing pun dah nampak cukup serasi di antara satu sama lain.
Jadi, apa tunggu lagi kan, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Nora Danish Dan Nedim Macam Belangkas, Duduk Serumah Ke? – KLIK
Oleh: AUDREY LEE


