Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Gambar Selfie Pertama TMJ...

ESOK akan berlangsung majlis persandingan diraja Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Lebih 1.5j Peminjam PTPTN...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan...

MBPP Perketat Pemantauan, Penguatkuasaan

Georgetown : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengetatkan pemantauan dan penguatkuasaan lalu lintas...

Singkir Pasukan Ke-11 Liga...

KUALA LUMPUR - Pasukan yang menamatkan saingan di tangga ke-11 atau tangga terakhir...

Nik Nazmi Gembira Jadi Orang Kepercayaan Anwar, Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad gembira kerana sentiasa menjadi orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata beliau, Anwar selaku Ketua UMUM PKR dan Wan Azizah sebagai Presiden parti memberi kepercayaan kepadanya sepanjang berada dalam PKR sehingga menjadi ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Umum dan Presiden PKR yang memberi kepercayaan kepada saya sejak usia yang muda.

“Saya dipilih untuk dicalonkan bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia pada tahun 2008 kemudian dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Selangor pada 2013 dan seterusnya menjadi Exco tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Nik Nazmi memberi jaminan akan melaksanakan tanggungjawab beliau kepada ADUN sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang sebaik mungkin.

“Saya akan menjalankan tugas besar ini kepada kerajaan negeri dan rakyat Selangor dengan jujur dan ikhlas,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori